kualapilah Polis masih mengesan ibu kepada bayi ditinggalkan di Masjid Kariah Kuala Sungai Dua di Kuala Pilah, pada 18 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui ahli jawatankuasa masjid itu pada 5.30 pagi.
“Sehingga hari ini, polis masih mengesan ibu kepada bayi terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. “Bayi terbabit dilaporkan stabil dan masih ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, Inspektor Alice di talian 019-5389941 atau 06-4842222 serta balai polis berhampiran. Harian Metro pada 19 Disember lalu melaporkan, seorang bilal terkejut apabila bunyi disangka anak kucing dalam bungkusan kain putih ditemukan di Masjid Kariah Kuala Sungai Dua adalah seorang bayi perempuan.Berita berkaitan
Singapore Latest News, Singapore Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis kesan individu sebar video dakwa perarakan bendera komunis | The Malaysian InsightPerarakan di Butterworth pada Ahad lalu sebenarnya melibatkan kontinjen Kiwanis, kata polis.
Read more »
Ibu, bayi lapan bulan mautnibongtebal Wanita dan bayi perempuannya maut apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan membabitkan enam kenderaan di kilometer 160.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Bandar Cassia, Nibong Tebal, tengah malam tadi.
Read more »
'Mata-mata' pelbagai rupaKualaLumpur 'Sepanjang perjalanan kami di Xinjiang, kami cuba solat di masjid namun gagal. Kami dinafikan memasukinya' kata Pengerusi Pertubuhan Kembara Amal (PeKA), Khir Ariffin.
Read more »
Polis buru 'Gemuk'IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan seorang lelaki, Sam Wai Chen, 41, bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh pemandu e-hailing di Taman Berjaya, di Kajang, pada 13 Disember lalu.
Read more »
Kanak-kanak, bayi terima vaksin poliotuaran Lebih 1,000 kanak-kanak termasuk bayi di perumahan Taman Telipok Ria, Tuaran, menerima imunisasi tambahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghentikan penularan virus polio, hari ini.
Read more »
Syarikat Malaysia antara 3 pereka bentuk ibu negara baharu Indonesia | The Malaysian InsightVERITAS Design Group adalah antara 292 syarikat asing dan antarabangsa yang bersaing dalam pertandingan reka bentuk antarabangsa Ibu Kota Negara di Kalimantan.
Read more »